Cara Kenal Produk Amway Tiruan 🕵️♂️

Tips Untuk Dapat Barang Amway Original!

Isi Kandungan


  1. Kenapa Penting Beli Produk Amway Original?

  2. 5 Cara Semak Keaslian Produk Amway

  3. Apa Perlu Buat Jika Terima Produk Amway Tiruan?

  4. FAQ (Soalan Lazim)

  5. Sumber Rujukan



1. Kenapa Penting Beli Produk Amway Original?


Produk Amway terkenal dengan kualiti tinggi dan selamat digunakan. Tapi, produk tiruan boleh membahayakan kesihatan dan tak dilindungi oleh jaminan 90 hari Amway. Jom ikuti cara nak pastikan produk yang anda beli 100% original!




2. Cara Semak Keaslian Produk Amway


Beli Melalui Saluran Sah


  • ABO Berdaftar: Pastikan beli dari ABO yang sah (boleh request penjual untuk tunjukan kad ahli).

  • Laman Web Rasmi: Gunakan www.amway.my untuk belian online.

  • Kedai Amway: Kunjungi 22 cawangan Amway di seluruh Malaysia.


🏷️ Periksa Label & Sijil


  • Sijil Halal JAKIM: Terutama untuk produk Nutrilite dan Artistry.

  • Logo NSF (eSpring): Penapis air eSpring ada sijil NSF antarabangsa.

  • Kod QR/Serial Number: Sesetengah produk ada kod unik untuk disemak di laman web Amway.


📦 Perhatikan Pembungkusan & Label


Produk asli Amway mempunyai:

  • Logo Amway yang jelas dan tajam.

  • Arahan penggunaan dalam Bahasa Malaysia/Inggeris.

  • Tarikh luput yang tercetak kemas.


🔄 Gunakan Jaminan 90 Hari


Jika ragu-ragu, gunakan jaminan kepuasan Amway untuk pulangkan produk dalam tempoh 90 hari. Produk asli akan diproses refund atau ditukar tanpa masalah.


🚫 Elakkan Pembeli Tidak Berautoriti


Jangan beli di:

  • Platform eCommerce seperti Shopee/Lazada/TikTok dll.

  • Penjual yang tak boleh tunjukkan ID ABO/APC.




3. Apa Perlu Buat Jika Terima Produk Tak Asli?


  1. Laporkan Segera:

    • Email ke [email protected] dengan gambar produk dan resit.

    • Hubungi Careline di 03 7946 2800.

  2. Jangan Gunakan Produk: Simpan dalam keadaan asal untuk bukti.

  3. Buat Laporan Polis: Jika penjual enggan bertanggungjawab.




4. FAQ (Soalan Lazim)


Q1: Bagaimana nak pastikan ABO/APC itu sah?
Minta mereka tunjukkan eCard ABO/APC atau semak ID mereka melalui laman web Amway.


Q2: Adakah produk Amway di Farmasi adalah asli?
Amway hanya jual melalui ABO, APC, atau cawangan rasmi. Produk di farmasi mungkin tiruan.


Q3: Boleh semak keaslian produk melalui QR code?
Ya! Produk seperti eSpring ada kod QR untuk disemak di laman web Amway.


Q4: Apa beza pembungkusan produk asli dan palsu?
Produk palsu selalunya ada cetakan kabur, label tercabut, atau bau yang pelik.


Q5: Jika beli secara online, bagaimana nak pastikan selamat?
Gunakan website rasmi Amway Malaysia sahaja. 



5. Sumber Rujukan




  • Cara semak produk Amway asli

  • Pastikan produk Amway original

  • Bezakan produk Amway palsu

Adakah artikel ini membantu?

1 daripada 1 menyukai artikel ini

Masih memerlukan bantuan? Hantar Mesej Kepada Kami