Cara Beli Produk Amway Online

Panduan lengkap 'step-by-step'

Sebelum membeli di website Amway, anda mestilah sudah mendaftar sebagai ahli Amway (ABO/APC).


Jika anda belum mendaftar, sila ikut step-by-step cara daftar ahli Amway.




Berikut adalah panduan ringkas cara beli produk Amway secara online.


1. Layari website rasmi Amway.my

2. Klik pada ikon "orang", kemudian klik "LOGIN"

3. Seterusnya, anda perlu masukan username & password. 


Anda ada pilihan untuk log-in dengan [1.Email/Phone] atau [2. Nombor ABO]. 


Tekan butang "SIGN IN"


Nota: Jika anda belum mendaftar sebagai ahli Amway, anda boleh buat pendaftaran dengan klik pada link [3. "Create an Amway ID"] atau hubungi kami untuk bantuan.

4. Selepas berjaya login, taip nama produk yang hendak dibeli di ruangan carian. Contohnya: "bio c plus"


Daripada hasil carian, klik pada produk yang menepati keperluan anda.

5. Tekan butang "ADD TO CART"

6. Kemudian, tekan "VIEW CART"

Info: Amway menawarkan FREE SHIPPING jika jumlah belian mencapai RM200 atau lebih. Untuk jumlah kurang RM200, bayaran RM10 akan dikenakan untuk caj penghantaran seluruh Malaysia.

7. Seterusnya, pilih sama ada anda nak produk tersebut dihantar ke [1. alamat anda], atau anda [2. pick-up di lokasi berhampiran].


Jika anda mahu hantar ke alamat lain, boleh pilih pada pilihan [3. Enter New Address]


Jika anda mempunyai KUPON AMWAY, anda boleh tebus dengan cara tekan pada menu tersebut.


Jika semunya sudah betul, tekan butang "PROCEED TO ORDER"

8. Akhir sekali, teruskan dengan membuat bayaran.


Anda boleh pilih untuk buat bayaran dengan menggunakan [1. KAD KREDIT/DEBIT] ataupun [2. FPX INTERNET BANKING]


Tekan butang "PAY NOW" dan teruskan transaksi sehingga selesai.


Selepas pembayaran berjaya, anda akan menerima e-mail / sms daripada Amway. 


Gunakan maklumat tersebut sebagai rujukan jika order anda mengalamai masalah diluar jangka.

Jika anda menggunakan desktop atau tablet, paparan skrin adalah berbeza.  Boleh rujuk video di bawah ini untuk paparan skrin desktop/tablet.

Video oleh Youtube Alsu Team

Itu sahaja cara pembelian produk Amway secara online. Semoga panduan ini bermanfaat.


Selamat mencuba!


Adakah artikel ini membantu?

1 daripada 1 menyukai artikel ini

Masih memerlukan bantuan? Hantar Mesej Kepada Kami